BERITA TERKINI   Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | Seni dan budaya bukan alat propaganda picisan dan murahan - PM Anwar | Acuan Timur perlu kekalkan akhlak, bukan neokonservatif - PM Anwar | Negara yang ingin maju harus terima kenyataan generasi muda mahu suasana yang lebih bebas, terbuka - PM Anwar | Jerebu rentas sempadan: Kerajaan hargai Indonesia benarkan rentas ruang udara bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan - Arthur | 

Perolehan Berkaitan AI Malaysian Pacific Industries Diunjur Lebih RM500 Juta Setahun - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perolehan Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) diunjurkan melebihi RM500 juta setahun menjelang tahun kewangan 2027 dipacu oleh produk berkaitan kecerdasan buatan (AI), menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Dalam satu nota penyelidikan, firma penyelidikan itu mengunjurkan produk berkaitan AI akan menyumbang masing-masing sebanyak 18 dan 23 peratus daripada perolehan MPI bagi tahun kewangan 2027 dan tahun kewangan 2028.

“Kami memahami bahawa barisan pengeluaran baharu ini dikhususkan untuk modul tenaga generasi akan datang daripada Infineon bagi pelayan AI.

Ad Banner

"Infineon mengunjurkan perolehan pusat data AI miliknya bakal meningkat lebih dua kali ganda melepasi 1.6 bilion euro (1 euro = RM4.72) pada tahun kewangan 2026 dan ia memberi petunjuk sasaran tahun kewangan 2027 melebihi 2.5 bilion euro akan disemak semula ke paras lebih tinggi iaitu pada suku keempat tahun kewangan 2026,” jelas CIMB Securities.

CIMB Securities memaklumkan, MPI menyempurnakan pelaburan bernilai US$65 juta (US$1 = RM4.03) bagi kapasiti modul tenaga baharu di Carsem Ipoh dan memulakan pensampelan produk pada suku pertama tahun kewangan 2027 dengan pendapatan sulung dijangka bermula dari Oktober 2026.

Sementara itu, jelasnya, pakej modul tenaga sedia ada syarikat terus menikmati permintaan yang kukuh dengan perolehan berkaitan AI melonjak hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya kepada US$84.6 juta pada tahun kewangan 2026 daripada US$42.5 juta pada tahun kewangan 2025.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ini sekali gus menyumbang 13 peratus daripada perolehan kumpulan berbanding sembilan peratus pada tahun kewangan 2025.

Mengenai usaha MPI untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar peranti bersepadu terkemuka dari Amerika Syarikat sebagai pelanggan utama bagi Carsem Suxiang pada 2027, firma penyelidikan itu menyatakan kejayaan potensi itu penting ke arah mempelbagaikan asas pelanggan MPI.

Selain itu, ia memperkayakan gabungan produknya dan mempercepatkan langkah Suxiang ke arah mencatatkan keuntungan.

-- BERNAMA