BERITA TERKINI   Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | Seni dan budaya bukan alat propaganda picisan dan murahan - PM Anwar | Acuan Timur perlu kekalkan akhlak, bukan neokonservatif - PM Anwar | Negara yang ingin maju harus terima kenyataan generasi muda mahu suasana yang lebih bebas, terbuka - PM Anwar | Jerebu rentas sempadan: Kerajaan hargai Indonesia benarkan rentas ruang udara bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan - Arthur | 

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Keputusan Pendapatan Korporat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin, disebabkan pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat seterusnya untuk mendapatkan hala tuju pasaran lebih jelas, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.15 mata kepada 1,736.33 daripada 1,736.48 ketika ditutup pada Jumaat.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 1.83 mata kepada 1,738.31, bergerak antara paras 1,733.07 dan 1,739.47 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 714 berbanding 482, dengan 539 kaunter tidak berubah, 1,139 tidak diniagakan dan 46 digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.60 bilion unit bernilai RM3.03 bilion daripada 3.91 bilion unit bernilai RM3.32 bilion pada Jumaat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks terus kekal di atas paras 1,730, menunjukkan bahawa sokongan asas kekal kukuh walaupun sentimen dagangan berhati-hati.

“Kami percaya keputusan pendapatan yang lebih utuh daripada indeks saham wajaran tinggi dijangka menyediakan pemangkin untuk peningkatan seterusnya, manakala asas domestik yang berdaya tahan diunjur terus menyerap sebarang tekanan akibat penurunan.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,725–1,745 untuk minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata sentimen dagangan terus perlahan menjelang cuti umum esok di Malaysia yang menyumbang kepada persekitaran dagangan lebih berhati-hati dan kurang agresif.

Bursa Malaysia akan ditutup esok, 25 Ogos, 2026, sempena sambutan Maulidur Rasul.

Mohd Sedek berkata pelabur kini menumpukan perhatian pada simposium Jackson Hole lewat minggu ini, pelabur akan memantau isyarat daripada penggubal dasar Amerika Syarikat (AS) mengenai prospek kadar faedah.

“Bagi Bursa Malaysia, gabungan sentimen teknologi yang lebih lemah, kebimbangan hasil global dan minggu dagangan yang singkat mungkin menyebabkan pelabur menjadi selektif, dengan sektor domestik dan defensif berpotensi menawarkan daya tahan lebih besar,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.56, manakala Public Bank dan CIMB Group naik satu sen masing-masing kepada RM5.10 dan RM7.96, Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM14.30 dan IHH Healthcare merosot 13 sen kepada RM8.15.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI meningkat setengah sen kepada 65.5 sen, Dagang NeXchange dan AirAsia merosot tiga sen masing-masing kepada 48 sen dan 78 sen, KPJ Healthcare berkurangan 32 sen kepada RM2.80, manakala NexG menguncup 5.0 sen kepada 27 sen.

Saham paling untung menyaksikan Petronas Dagangan naik 38 sen kepada RM20.00, MISC menokok 35 sen kepada RM8.58, Sarawak Plantation dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 28 sen masing-masing kepada RM4.82 dan RM21.92, manakala Concrete Engineering Products melonjak 26 sen kepada RM3.90.

Antara saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun RM1.70 kepada RM41.50. Allianz Malaysia merosot 58 sen kepada RM21.70, UMS Integration menguncup 35 sen kepada RM8.29, manakala Kelington Group dan UWC susut 25 sen masing-masing kepada RM8.36 dan RM6.49.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah turun 12.43 mata kepada 12,629.36, Indeks FBM ACE susut sebanyak 35.21 mata kepada 5,298.58, Indeks FBM 70 merosot 81.97 mata kepada 18,069.24, Indeks FBM Emas berkurangan 13.68 mata kepada 12,818.60, Indeks FBMT Top 100 menguncup 15.13 mata kepada 12,635.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 5.02 mata kepada 20,270.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.16 mata kepada 187.06, Indeks Perladangan meningkat 69.77 mata kepada 9,510.43, manakala Indeks Tenaga menokok 0.41 mata kepada 777.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.93 bilion unit bernilai RM2.65 bilion daripada 2.00 bilion unit bernilai RM2.91 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.06 bilion unit bernilai RM142.28 juta daripada 1.32 bilion unit bernilai RM162.20 juta sebelum itu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 608.82 juta unit bernilai RM245.09 juta daripada 578.51 juta unit bernilai RM241.31 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 364.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (403.33 juta), pembinaan (98.39 juta), teknologi (458.30 juta), perkhidmatan kewangan (49.02 juta), hartanah (119.72 juta), perladangan (44.68 juta), REITs (14.47 juta), dana tertutup (29,200), tenaga (88.77 juta), penjagaan kesihatan (153.77 juta), telekomunikasi dan media (24.48 juta), pengangkutan dan logistik (62.25 juta), utiliti (49.47 juta) dan amanah perniagaan (91,700).

-- BERNAMA 

 

 


ESEA NN YAM