BERITA TERKINI   Banjir Nepal: 11 rakyat Malaysia di Rasuwa tidak dapat dihubungi - Wisma Putra  | RCI: Bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan bagi bantu siasatan - KP SPRM | Institusi pendidikan perlu peka, pantau bacaan IPU dan status terkini laman sesawang Jabatan Alam Sekitar - KPM | keuntungan bersih Petronas Gas Bhd meningkat kepada RM453.33 juta pada suku kedua 2026 daripada RM450.19 juta pada suku kedua 2025 | Jerebu: KPM arah henti segala aktiviti luar bilik darjah di kawasan catat bacaan IPU lebih 100 | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Rabu berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan disebabkan El Nino dan permintaan yang berdaya tahan daripada sektor automotif Amerika Syarikat (AS) yang menyokong sentimen pasaran, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya kenaikan dikekang oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, harga niaga hadapan getah serantau yang lemah, harga minyak yang rendah, ketegangan perdagangan baharu AS-China dan data ekonomi AS yang lemah.

Ad Banner

“Saham Asia kebanyakannya meningkat semula pada Rabu berikutan penurunan mendadak harga minyak yang mengurangkan kebimbangan mengenai inflasi manakala harga getah yang tinggi di China dan keadaan penawaran-permintaan yang lebih baik memberikan sokongan kepada sentimen pasaran.

“Permintaan terhadap kenderaan AS yang berdaya tahan kekal menyokong, dengan kadar jualan kenderaan baharu pada Ogos dijangka kekal melebihi paras kadar tahunan pelarasan bermusim (SAAR) sebanyak 16 juta, menunjukkan permintaan terhadap tayar yang stabil,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat satu sen kepada 958 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik tiga sen kepada 684.50 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup semalam sempena cuti umum Maulidur Rasul.

-- BERNAMA