BERITA TERKINI   Tujuh ditahan, dadah bernilai RM3.2 juta dirampas dalam siri serbuan di Pulau Pinang - Ketua Polis negeri | Banjir Nepal: Wisma Putra aktifkan bilik operasi 24 jam, ahli keluarga rakyat Malaysia terlibat digesa hubungi +603 8887 4570 atau dutyofficer@kln.gov.my | Tenaga kerja tempatan perlu diperkasa bagi mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor teknologi perubatan - Ahmad Zahid | Malaysia perlu menyasarkan melepasi nilai eksport perubatan RM50 bilion menjelang 2030, berbanding RM34.54 bilion tahun lepas - Ahmad Zahid | Persiapan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan dijangka capai hampir 100 peratus menjelang raptai penuh esok - Fahmi | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Isnin depan merupakan cuti umum sempena rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.73 mata kepada 1,743.45 daripada 1,741.72 semasa ditutup pada Khamis.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.98 mata kepada 1,743.70.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 156 berbanding 91 manakala 284 kaunter tidak berubah, 2,322 tidak diniagakan dan 98 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 146.72 juta saham bernilai RM68.10 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Apex Securities Bhd memaklumkan selain minat belian menjelang Hari Merdeka yang boleh menyokong bursa tempatan, pelabur akan terus meneliti prestasi kewangan korporat dan perkembangan syarikat yang terkini, dengan prestasi saham individu dijangka terus dipengaruhi oleh keputusan kewangan.

“Kami menjangka pasaran akan terus mendapat sokongan daripada sentimen teknologi yang bertambah baik walaupun pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan pengumuman prestasi kewangan yang masih berterusan dan ketidaktentuan luaran,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 10 sen kepada RM10.72, Public Bank naik dua sen kepada RM5.02 dan IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM8.18. CIMB Group menurun tujuh sen kepada RM8 dan Tenaga Nasional berkurangan enam sen kepada RM14.24.

Dalam senarai paling aktif, JAKS Resources, Ingenieur Gudang, TWL dan MAG, masing-masing mendatar pada 12.5 sen, empat sen, 2.5 sen dan 16 sen manakala AIMFLEX naik setengah sen kepada 13.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Malaysian Pacific Industries meningkat 36 sen kepada RM43.18; Hong Leong Financial naik 18 sen kepada RM19.32; MBM Resources menambah 16 sen kepada RM5.20 serta UWC dan Ta Ann, masing-masing menambah 14 sen kepada RM6.87 dan RM6.19.

Kaunter paling rugi ialah Padini menurun tujuh sen kepada RM1.27, SAM Engineering & Equipment berkurangan lima sen kepada RM4.37 serta Inari Amertron dan Gamuda, masing-masing merosot empat sen kepada RM2.46 dan RM4.48.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 naik 34.68 mata kepada 18,309.84, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.25 mata kepada 12,713.17 dan Indeks FBM Emas menambah 17.55 mata kepada 12,909.66.

Indeks FBM Top 100 naik 15.53 mata kepada 12,716.79 dan Indeks FBM ACE meningkat 3.33 mata kepada 5,355.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 20.39 mata kepada 20,393.68 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.78 mata kepada 190.16.

Indeks Perladangan menambah 19.88 mata kepada 9,363.09 dan Indeks Tenaga meningkat 2.75 mata kepada 787.81.

-- BERNAMA