Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.
Pada 9.43 pagi, kontrak September 2026 dan Oktober 2026, masing-masing menambah 3.5 mata kepada 1,686.0 dan 1,685.0, Disember 2026 naik 4.5 mata kepada 1,690.5 dan Mac 2027 meningkat 2.4 mata kepada 1,674.50.
Jumlah dagangan sebanyak 976 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,326 kontrak.
Pada 10.02 pagi, FBM KLCI meningkat 2.76 mata kepada 1,710.86 daripada 1,708.10 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA