BERITA TERKINI   Bencana Nepal: Kerajaan mohon kebenaran hantar pakar DNA bantu kenal pasti jasad mangsa - Mohamad Hasan | Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta usahakan penyelesaian terbaik bantu rakyat terkandas susulan letusan gunung berapi - Mohamad Hasan | Malaysia dan Thailand selaras kerjasama pelbagai agensi isu keselamatan sempadan - Mohamad Hasan | Sasaran 31 peratus sumbangan syarikat Bumiputera kepada KDNK menjelang 2035 akan disemak pada akhir tahun ini atau awal tahun depan - Akmal Nasrullah | Anak syarikat Pekat Group memperoleh tiga subkontrak berkaitan projek pusat data hiperskala di Johor Bahru bernilai RM57.18 juta | 
Ad Banner

Pekat Group Raih Subkontrak RM57.18 Juta Pusat Data Hiperskala Di Johor

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pekat Group Bhd melalui anak syarikat milik tidak langsungnya, Pekat E & LP Sdn Bhd, memperoleh tiga subkontrak bernilai keseluruhan RM57.18 juta bagi kerja sistem pembumian dan perlindungan kilat untuk projek pusat data hiperskala di Johor Bahru, Johor.

Pekat memaklumkan subkontrak pertama bernilai RM27.21 juta melibatkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pembumian serta perlindungan kilat.

Subkontrak kedua bernilai RM4.64 juta pula meliputi pembekalan dan pemasangan sistem pembumian serta perlindungan kilat bagi sebuah pencawang elektrik.

Ad Banner

“Subkontrak ketiga bernilai RM25.33 juta meliputi reka bentuk, pembekalan, pemasangan dan pengujian sistem pembumian serta perlindungan kilat, termasuk pemasangan jaring bumi (earth mats), sistem perlindungan kilat dan pendawaian berkaitan, antara lain.

“Ia turut merangkumi kerja-kerja awam berkaitan bagi pemasangan sistem pembumian dan perlindungan kilat,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pekat memaklumkan subkontrak pertama dijangka siap pada September 2027, manakala subkontrak kedua dan ketiga masing-masing dijangka siap pada Februari 2027, tertakluk kepada sebarang lanjutan masa atau perubahan skop yang diberikan mengikut terma subkontrak masing-masing.

Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, subkontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026, serta sehingga tamat tempoh subkontrak berkenaan.

-- BERNAMA