BERITA TERKINI   Bayi perempuan empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Dungun | Bencana Nepal: Kerajaan mohon kebenaran hantar pakar DNA bantu kenal pasti jasad mangsa - Mohamad Hasan | Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta usahakan penyelesaian terbaik bantu rakyat terkandas susulan letusan gunung berapi - Mohamad Hasan | Malaysia dan Thailand selaras kerjasama pelbagai agensi isu keselamatan sempadan - Mohamad Hasan | Sasaran 31 peratus sumbangan syarikat Bumiputera kepada KDNK menjelang 2035 akan disemak pada akhir tahun ini atau awal tahun depan - Akmal Nasrullah | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, SMR 20 Capai Paras Tertinggi 2026

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup lebih tinggi hari ini, dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan di Thailand susulan hujan lebat yang berpanjangan. 

Peniaga berkata jangkaan permintaan yang lebih kukuh dan risiko pengeluaran berkaitan El Niño menyokong sentimen, manakala dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat mengehadkan keuntungan. 

Ad Banner

“Risiko El Niño menyediakan sokongan tambahan, memandangkan fenomena cuaca dijangka memuncak antara September dan November, sekali gus meningkat lagi pemotongan pengeluaran,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, harga SMR 20 meningkat 27 sen kepada 985.5 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal menambah 10 sen kepada 700. 5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner