BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki niaga hadapan getah serantau dan pengeluaran getah asli domestik, kata seorang peniaga.

Beliau berkata kerugian dihadkan oleh harga minyak mentah Brent yang meningkat melebihi US$100 setong, data ekonomi China yang positif dan kebimbangan mengenai potensi gangguan bekalan di seluruh negara pengeluar getah utama Asia Tenggara disebabkan oleh cuaca El Niño yang semakin kukuh, selain risiko musim hujan di Thailand.

Ad Banner

Sentimen pasaran terjejas oleh pengeluaran getah asli domestik yang lebih tinggi pada Julai.

“Pengeluaran getah asli meningkat satu peratus pada Julai 2026, kepada 26,817 tan, berbanding 26,553 tan pada Jun 2026, berdasarkan laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM),” katanya kepada Bernama.

Pelabur juga berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat, katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 turun 10.5 sen kepada 1,011 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 710.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA