BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

PM Anwar Akan Bertemu Modi, Putin Semasa Lawatan Kerja Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Di India

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.

"Selain Modi dan Putin, Perdana Menteri juga akan bertemu dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed di luar Sidang Kemuncak itu.

Ad Banner

"Ini merupakan pertemuan dua hala yang telah disahkan, mungkin terdapat lebih banyak lagi (pertemuan dua hala) jika kedua-dua pihak bersetuju tentang masanya," kata Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India Sharifah Ezneeda Wafa kepada Media Malaysia menjelang lawatan Perdana Menteri ke sini bermula 11 September. 

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di New Delhi adalah atas kapasitinya sebagai Negara Rakan BRICS.

Sidang kemuncak itu yang akan dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi membawa tema “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan.

Ad Banner
Ad Banner

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

-- BERNAMA