BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | 

Mahkamah Tokyo Tolak Semua Tuntutan Unit IHH Terhadap Daiichi Sankyo

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Mahkamah Daerah Tokyo menolak semua tuntutan yang dikemukakan oleh anak syarikat milik tidak langsung sepenuhnya IHH Healthcare Bhd, Northern TK Venture Pte Ltd (NTK), terhadap syarikat farmaseutikal Jepun Daiichi Sankyo Company Ltd.

IHH memaklumkan mahkamah turut memerintahkan NTK menanggung kos litigasi berkenaan.

“NTK dengan penuh hormat tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu dan kekal yakin terhadap merit pendiriannya,” menurutnya dalam makluman kepada bursa saham.

Ad Banner

IHH memaklumkan NTK sedang meneliti penghakiman tersebut secara terperinci bersama penasihat undang-undangnya, selain menilai semua remedi undang-undang yang tersedia bagi mendapatkan relif yang dianggap wajar.

“NTK kekal komited untuk mempertahankan hak dan kepentingannya secara bersungguh-sungguh melalui setiap saluran undang-undang yang sewajarnya,” menurutnya.

Kumpulan penjagaan kesihatan itu memaklumkan pihaknya akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting berhubung perkara tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

IHH memaklumkan tahun lepas bahawa NTK menuntut pampasan sehingga 109.3 bilion rupee India (RM5.7 bilion) daripada Daiichi Sankyo berhubung pelaburannya dalam Fortis Healthcare Ltd, sebuah rangkaian hospital di India.

NTK memfailkan tuntutan itu pada Oktober 2023 dengan mendakwa syarikat farmaseutikal Jepun tersebut telah menyebabkan kerugian kepadanya dengan menghalangnya daripada meneruskan tawaran terbuka untuk memperoleh saham tambahan dalam rangkaian hospital India itu pada 2018.

-- BERNAMA