BERITA TERKINI   Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia dibuka 16 hingga 20 Sept - KP JPJ | Malaysia sertai BRICS bukan untuk tentang blok lain, mahu sistem lebih adil - Anwar | Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda barat laut Pulau Morotai, Maluku Utara, tiada ancaman tsunami - Agensi Meteorologi Indonesia | Hari Malaysia: Pengunjung acara bunga api di Tebingan Kuching dinasihatkan pakai pelitup muka susulan fenomena jerebu - Fahmi | 

Tunku Kamariah Letak Jawatan Sebagai Timbalan Pengerusi Techna-X

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd memaklumkan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar meletak jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan teknologi pelbagai itu memaklumkan peletakan jawatan itu adalah atas alasan komitmen peribadi.

Tunku Kamariah, 70, dilantik memegang jawatan berkenaan pada 10 September lepas.

Ad Banner

Baginda merupakan anggota kerabat diraja Johor. 

Techna-X also turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Tengku Shahrain Shah Tengku Sulaiman Shah atas alasan komitmen peribadi.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner