BERITA TERKINI   MoU pertahanan dan hal ehwal Islam Malaysia-Maldives bakal perluas kerjasama keselamatan maritim, latihan, halal, wakaf dan haji – PM Anwar | Maldives, Malaysia tegaskan sokongan terhadap penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan Palestin - Presiden Muizzu | Jana Wibawa: Muhyiddin bebas satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram, berdepan tiga lagi tuduhan salah guna kedudukan | PM Anwar gesa penyelesaian segera isu penjagaan kesihatan jejas rakyat Maldives di Malaysia, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI  | Malaysia cadang anjur Suruhanjaya Bersama Malaysia–Maldives di Kuala Lumpur sebelum akhir tahun - PM Anwar | 

Jepan, Malaysia Meterai Pengaturan Swap Dua Hala Ketiga Berjumlah US$6 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jepun dan Malaysia menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) yang ketiga dengan jumlah maksimum swap sehingga US$6 billion, berkuat kuasa pada 18 September 2026.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan perjanjian tersebut ditandatangani antara Bank of Japan (BOJ), yang bertindak bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dengan bank pusat itu.

“Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara serta mempertingkatkan kestabilan kewangan serantau,” maklum kenyataan itu.

Ad Banner

BSA ialah pengaturan dua hala yang membolehkan kedua-dua pihak membuat pertukaran mata wang tempatan masing-masing kepada dolar AS dan pengaturan ini juga membolehkan BNM menukar ringgit Malaysia kepada yen Jepun.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, BNM memaklumkan bank pusat itu menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Kementerian Kewangan Jepun bagi membangunkan rangka kerja kerjasama untuk menggalakkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

"Melalui Memorandum Kerjasama ini, kedua-dua pihak berkuasa mencapai persetujuan mengenai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga rentas sempadan yang layak.

Ad Banner
Ad Banner

"Kerjasama ini akan diperkukuh melalui perkongsian maklumat serta perbincangan secara berkala antara pihak berkuasa Jepun dengan pihak berkuasa Malaysia,” maklum kenyataan itu.

Menurut bank pusat kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama kewangan dua hala antara Jepun dengan Malaysia.

"Kedua-dua pihak berkuasa yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan sumbangan positif ke arah mengeratkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” maklum BNM.

-- BERNAMA