BERITA TERKINI   Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | LTdL 2026: Pelumba Tudor Pro Cycling Team Lennart Jasch menang peringkat kedua dari Taiping ke Gunung Jerai | Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di sebelah pusara Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya - Fahmi | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,670.22 daripada 1,671.62 ketika ditutup pada Jumaat.

Ad Banner

Indeks utama itu dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada paras 1,672.55 dan bergerak dalam julat antara 1,668.61 hingga 1,674.11 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 748 berbanding 388, manakala 517 kaunter tidak berubah, 1,271 tidak diniagakan dan 91 digantung dagangan.

Jumlah dagangan susut kepada 3.11 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 4.07 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Jumaat.

Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata firma pembrokeran saham itu mengekalkan pandangan berhati-hati terhadap pasaran memandangkan faktor luaran yang mencabar secara berterusan serta aktiviti penjualan oleh pelabur asing mungkin mengehadkan potensi kenaikan dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, pembetulan pasaran baru-baru ini telah menjadikan penilaian saham mewah terpilih pada tahap lebih menarik, ia mungkin menggalakkan aktiviti pembelian saham pada harga rendah, terutamanya bagi saham-saham berwajaran tinggi yang mempunyai asas kukuh.

“Justeru, kami menjangkakan aktiviti dagangan kekal selektif, dengan minat belian berkemungkinan muncul sekiranya pasaran terus lemah,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan indeks FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,660 hingga 1,690 mata pada minggu ini.

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd, Kenneth Leong pula berkata tumpuan pasaran juga akan terarah kepada data kekosongan jawatan dan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS), dijadualkan dikeluarkan esok, memandangkan ia boleh mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS serta selera risiko global.

“Bacaan data lebih rendah daripada jangkaan mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran ekuiti, namun tanda-tanda permintaan tenaga kerja yang berdaya tahan atau sentimen pengguna yang semakin lemah boleh meningkatkan ketidaktentuan pasaran,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut enam kepada RM10.16, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.79, CIMB menambah sembilan sen kepada RM7.99, Tenaga Nasional menokok dua sen kepada RM13.16 dan IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM8.01.

Bagi saham aktif, Zetrix AI tidak berubah pada 19 sen, Jaks Resources naik 1.5 sen kepada 18.5 sen, Evocom yang baru disenaraikan Pasaran ACE susut lima sen kepada 13 sen, Aimax menokok setengah sen kepada satu sen dan Inari Amertron berkurangan 10 sen kepada RM4.16.

Malaysian Pacific Industries mendahului kaunter rugi dengan turun RM1.98 to RM42.20, United Plantations susut 98 sen kepada RM31.60, Fraser & Neave merosot 78 sen kepada RM22.22, Hong Leong Industries berkurangan 30 sen kepada RM16.66 dan Kelington menguncup 27 sen kepada RM8.72.

Di papan indeks, FBM Mid 70 susut 157.14 mata kepada 17,687.77, FBM Emas turun 41.85 mata kepada 12,414.79 dan FBM Top 100 berkurangan 36.35 mata kepada 12,206.95. FBM Emas Syariah susut 63.91 mata kepada 12,242.32, manakala FBM ACE menguncup 42.25 mata kepada 5,490.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 47.89 mata kepada 19,598.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.30 mata kepada 182.80, Indeks Tenaga berkurangan 0.01 mata kepada 861.82 dan Indeks Perladangan menguncup 116.38 mata kepada 9,218.49.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.69 bilion unit bernilai RM2.05 bilion daripada 2.53 bilion unit bernilai RM2.24 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 944.79 juta unit bernilai RM156.45 juta daripada 999.87 juta unit bernilai RM180.99 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 469.48 juta unit bernilai RM190.74 juta daripada 539.02 juta unit bernilai RM264.01 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 263.69 juta saham di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (235.10 juta), pembinaan (204.54 juta), teknologi (465.42 juta), perkhidmatan kewangan (42.34 juta), hartanah (126.72 juta), perladangan (31.21 juta), amanah pelaburan hartanah (11.37 juta), dana tertutup (42,600), tenaga (121.70 juta), penjagaan kesihatan (95.11 juta), telekomunikasi dan media (17.63 juta), pengangkutan dan logistik (49.33 juta), utiliti (35.55 juta) serta amanah perniagaan (56,900).

-- BERNAMA