BERITA TERKINI   Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | LTdL 2026: Pelumba Tudor Pro Cycling Team Lennart Jasch menang peringkat kedua dari Taiping ke Gunung Jerai | Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di sebelah pusara Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin.

Kontrak September 2026 kekal tidak berubah pada 1,661.5, Oktober 2026 menambah 6.0 mata kepada 1,661.0, Disember 2026 naik 2.5 mata kepada 1,666.5 dan Mac 2027 menokok 3.0 mata kepada 1,650.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 73,636 lot daripada 97,180 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 125,759 kontrak daripada 145,426 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,670.02 daripada 1,671.62 semasa ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner