BERITA TERKINI   Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya hantar pulang pelarian Myanmar, proses berkenaan perlukan rundingan - PM | Malaysia adakan rundingan diplomatik dengan Myanmar mengenai penghantaran pulang pelarian, junjung hak asasi manusia - PM | PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa.

Kontrak September 2026 susut 24.5 mata kepada 1,637.0, Oktober 2026 turun 29 mata kepada 1,632.0, Disember 2026 merosot 25 mata kepada 1,641.5, manakala Mac 2027 berkurangan 24 mata kepada 1,626.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 31,168 lot daripada 73,636 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 72,700 kontrak daripada 125,759 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 26.06 mata atau 1.56 peratus kepada 1,643.96 daripada paras 1,670.02 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA


 

Ad Banner
Ad Banner