BERITA TERKINI   Konflik Asia Barat: Malaysia, Qatar senada perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan ikhtiar damai diperkukuh - PM Anwar | Malaysia terus dukung usaha diplomatik bersama Qatar, rakan serantau untuk keamanan berkekalan - PM Anwar | Malaysia dan Qatar senada perang mesti dihentikan - PM Anwar | Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel tanpa subsidi turun 15 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Okt - MOF | Seramai 3,524 pelarian Myanmar telah dipersetujui bersama Myanmar untuk dihantar pulang pada fasa kedua - Fahmi | 

Petronas Teroka Kaedah Hasilkan ASF Lebih Ekonomik, Kekalkan Prestasi -- CEO Hiliran

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini giat meneroka kaedah penghasilan bahan api mampan termaju (ASF) pada kos lebih ekonomik namun masih berupaya mengekalkan prestasinya agar seiringan dengan perubahan peraturan unit kuasa Formula 1 (F1).

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas Datuk Seri Sazali Hamzah berkata aspek itu adalah antara cabaran yang sedang diusahakan oleh kalangan saintis syarikat minyak dan gas negara itu.

“Kami sedang mencabar diri untuk mengenal pasti kaedah penghasilan bahan api itu pada kos yang lebih rendah. Ini adalah sebahagian daripada cabaran yang dihadapi sekarang.

Ad Banner

“Kumpulan saintis kami memberi tumpuan ke atas pilihan lain yang boleh menjadikannya lebih murah namun pada masa sama dapat mengekalkan prestasinya,” katanya pada sesi media bersama Prinsipal Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Toto Wolff di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner