BERITA TERKINI   LTdL 2026: Pelumba TotalEnergies Nicolas Breuillard menangĀ Peringkat 5 dari Tapah keĀ Genting Highlands | Mohd Shuhaily serah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, keadilan buat semua pihak | AKPS sahkan rakaman dipetik daripada CCTV, insiden berlaku 28 Sept lepas - Mohd Shuhaily | DNB selesai pembiayaan RM5.2 bilion, sokong fasa pertumbuhan 5G Malaysia seterusnya | 

MAG Ambil Alih Sepang Aircraft Engineering Daripada Airbus

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani perjanjian jual beli dengan Airbus untuk mengambil alih Sepang Aircraft Engineering (SAE), anak syarikat milik penuh Airbus.

Menurut MAG dalam kenyataan hari ini, cadangan pengambilalihan itu merupakan pencapaian strategik di bawah Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP 3.0), menyokong strategi kumpulan untuk memperkukuh keupayaan kejuruteraan dan penyelenggaraannya, memperluas portfolio perkhidmatan penerbangan bersepadu dan memacu pertumbuhan hasil daripada pihak ketiga.

Urus niaga ini tertakluk kepada syarat terdahulu termasuk kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan dijangka selesai pada 2027.

Ad Banner

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Nasaruddin A Bakar berkata cadangan pengambilalihan itu mencerminkan pendekatan kumpulan dalam mengagihkan modal dan memberi keutamaan kepada peluang bagi memperkukuh perniagaan teras, mempelbagaikan hasil dan menyokong aspirasi pertumbuhan jangka panjangnya.

“Ini dibina berteraskan asas kejuruteraan dan penyelenggaraan yang kukuh, menempatkan MAG pada kedudukan untuk memanfaatkan peluang dalam pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) yang berkembang, selain memenuhi permintaan pihak ketiga yang meningkat,” katanya.

Nasaruddin berkata SAE melengkapkan lagi keupayaan sedia ada MAB Engineering menerusi kepakaran dalam pesawat A320, hangar yang dikhususkan untuk kerja-kerja mengecat dan perkhidmatan khusus untuk membaiki komponen pesawat, di samping memperkukuh asas teknikal, operasi dan kualiti yang baik dibangunkan di bawah pengurusan Airbus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA