BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Jumaat yang menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Kontrak bulan semasa Oktober 2026 naik 9.0 mata kepada 1,622.5, November 2026 menokok 7.0 mata kepada 1,623.0, Disember 2026 meningkat 8.0 mata kepada 1,629.0 manakala Mac 2027 meraih 7.5 mata kepada 1,613.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,770 lot daripada 10,278 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47,940 kontrak daripada 48,257 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks penunjuk utama FBM KLCI meningkat 0.51 mata atau 0.03 peratus kepada 1,630.87 daripada paras penutup 1,630.36, semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner