BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Mengukuh Sedikit Dalam Dagangan Berhati-hati

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas bergerak dalam julat terhad, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0820/4.0870 berbanding dolar AS daripada 4.0830/4.0875 ketika ditutup pada Khamis.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal dalam julat dagangan yang sempit berbanding dolar AS, antara RM4.0830 dan RM4.0887.

Beliau berkata mata wang tempatan itu meraih sedikit pengukuhan pada sesi petang, meningkat kepada sekitar RM4.0843 berbanding dolar AS daripada RM4.0888 pada sesi pagi.

“Peningkatan hasil bon global merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi sentimen pasaran minggu ini, manakala harga minyak mentah yang lebih tinggi di samping data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh meningkatkan permintaan terhadap dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Namun begitu, ringgit kekal agak berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 4.5927/4.5983 daripada 4.6015/4.6066 ketika ditutup pada Khamis, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.3927/5.3993 daripada 5.3896/5.3955 semalam dan melemah berbanding yen Jepun kepada 2.5906/2.5941 daripada 2.5781/2.5811 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit susut berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1908/3.1952 daripada 3.1856/3.1894 ketika ditutup pada Khamis dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.1579/12.1778 daripada 12.1111/12.1294 semalam.

Mata wang tempatan itu turut susut berbanding peso Filipina kepada 6.52/6.54 daripada 6.50/6.51 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 228.2/228.6 daripada 227.2/227.6 sebelum ini.

-- BERNAMA