BERITA TERKINI   PRN Melaka diadakan pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR | PRN Melaka: Seramai 687,697 individu layak mengundi - Pengerusi SPR | Rumah ibadat, sekolah bantuan modal di bawah Perbadanan Aset Keretapi nikmati kadar sewa khas RM1 sebulan mulai 1 Okt - Loke | Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia diminta beri penjelasan rasmi berhubung sistem e-Jamin - Azalina | Kutipan hasil cukai negara naik sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 - Timbalan Menteri Kewangan | 

Malaysia Perkukuh Pasaran Minyak Sawit, Tinjau Peluang Baharu Di Afrika, ASEAN, Timur Tengah - Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh pasaran minyak sawit sedia ada dan meninjau peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pasaran yang luas memberikan daya tahan yang lebih tinggi kepada industri dan peluang untuk mencapai pelanggan baharu.

“Kerjasama yang kukuh adalah penting. Malaysia akan terus menjalin hubungan yang membina dengan kerajaan, pengawal selia dan rakan industri.

Ad Banner

“Malaysia juga kekal komited untuk menjadi pembekal yang dipercayai dan rakan yang konstruktif kepada industri minyak sawit global,” katanya dalam ucaptama pada Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian akan terus menyokong pekebun kecil melalui bahan tanaman yang lebih baik, latihan dan bantuan kewangan.

Katanya pekebun kecil perlu berkembang seiring dengan industri minyak sawit dan mendapat manfaat daripada produktiviti yang lebih tinggi, akses pasaran yang lebih baik dan pendapatan yang meningkat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami menggalakkan pekebun kecil untuk bekerjasama. Melalui kerjasama, mereka akan mendapat akses yang lebih baik kepada perkhidmatan, mengurus ladang dengan lebih cekap dan meningkatkan produktiviti.

“Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) turut membantu pekebun kecil kita menambah baik amalan pertanian mereka dan memenuhi keperluan pasaran,” katanya.

Noraini berkata minyak sawit terus menjadi komponen penting dalam ekonomi Malaysia, dengan negara menghasilkan 10.8 juta tan minyak sawit mentah dan eksport minyak sawit lebih 9.1 juta tan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

“Malaysia mempunyai kira-kira 450,000 pekebun kecil yang menguruskan kira-kira 27 peratus daripada jumlah kawasan tanaman sawit negara, meliputi hampir 1.5 juta hektar,” katanya.

-- BERNAMA