BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | 

Belanjawan MADANI Kelima Tekad Perkukuh Ekonomi, Pertumbuhan Dirasai Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.

Anwar berkata beliau sedar bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja belum cukup memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Justeru, Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.

Ad Banner

“Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, Insya-Allah. Semoga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati Allah SWT,” kata beliau menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Tengah hari tadi, Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2027 kepada media bagi menjelaskan hala tuju serta ikhtiar Kerajaan MADANI untuk rakyat.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat ini, pada 3.30 petang.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA