BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Hasil Perbendaharaan AS Tinggi, Harga Minyak Naik Semula

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah pasaran serantau meskipun kenaikan di Wall Street, apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi serta peningkatan semula harga minyak mentah telah menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.57 mata kepada 1,611.78 daripada  paras 1,633.35 pada Selasa.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.19 mata kepada 1,633.54, yang merupakan paras intra hari tertingginya namun mencecah paras terendah 1,610.55 pada sesi dagangan petang.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 663 berbanding 492, manakala 508 kaunter tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.83 bilion unit bernilai RM3.52 bilion, daripada 4.18 bilion unit bernilai RM2.95 bilion pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata harga minyak mentah Brent meningkat melebihi US$101 setong susulan serangan kumpulan Houthi di Arab Saudi, sekali gus mencetuskan semula kebimbangan gangguan bekalan dari Asia Barat.

"Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal menghampiri 5.3 peratus, manakala hasil tempoh 30 tahun kekal melebihi 5.6 peratus, menyebabkan pelabur berhati-hati terhadap prospek inflasi dan pelonggaran dasar monetari," katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, Thong berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati selepas indeks petunjuk pasaran susut melepasi paras sokongan 1,625-1,630, yang menunjukkan bahawa tekanan jualan jangka pendek masih belum reda sepenuhnya.

“Bagi tempoh berbaki minggu ini, tumpuan akan beralih kepada Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Jumaat, yang berkemungkinan memberikan pemangkin domestik baharu.

“Bagaimanapun, harga minyak mentah yang tinggi, ketegangan geopolitik di Asia Barat serta hasil bon global yang tinggi berkemungkinan menyebabkan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM9.87, Public Bank turun lapan sen kepada RM4.59, CIMB berkurangan 37 sen kepada RM7.33, Tenaga Nasional menyusut empat sen kepada RM12.86 dan IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM7.90.

Dalam kalangan saham yang diniagakan aktif, Top Glove turun dua sen kepada 85.5 sen, Zetrix AI menyusut satu sen kepada lapan sen, V.S Industry merosot setengah sen kepada 32.5 sen dan Supermax Corporation berkurangan 1.5 sen to 44.5 sen, manakala Metronic Global tidak berubah pada setengah sen. 

Dalam kalangan kaunter paling untung, Mi Technovation melonjak 38 sen kepada RM6.38, Batu Kawan naik 32 sen kepada RM19.60, Malaysian Pacific Industries meningkat 24 sen kepada RM45.20, Petronas Dagangan menokok 20 sen kepada RM19.32 dan Gas Malaysia menambah 16 sen kepada RM5.25.

Dalam kalangan saham paling rugi, Nestle turun RM2.24 kepada RM89.02, Fraser & Neave susut 94 sen kepada RM20.78, Hong Leong Bank berkurangan 58 sen kepada RM21.50 manakala Hong Leong Financial Group dan Allianz Malaysia turun 44 sen masing-masing kepada RM17.90 dan RM20.18.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 19.38 mata kepada 17,753.49, Indeks FBM Emas susut 107.92 mata kepada 12,124.95, Indeks FBM Top 100 turun 113.80 mata kepada 11,901.98, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 11.83 mata kepada 12,147.15 dan Indeks FBM ACE menyusut 36.54 mata kepada 5,622.38.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun sedikit sebanyak 0.53 mata kepada 179.88, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 504.68 mata kepada 18,563.32, Indeks Tenaga susut 1.75 mata kepada 838.97, dan Indeks Perladangan menyusut 66.13 mata kepada 8,976.04.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.40 bilion unit bernilai RM3.15 bilion daripada 2.59 bilion unit bernilai RM2.50 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 939.82 juta unit bernilai RM143.09 juta daripada 932.44 juta unit bernilai RM171.80 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 489.99 juta unit bernilai RM227.12 juta daripada 653.91 juta unit bernilai RM276.54 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 210.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (403.51 juta), pembinaan (113 juta), teknologi (623.99 juta), perkhidmatan kewangan (115.48 juta), hartanah (109.65 juta), perladangan (24 juta), amanah pelaburan hartanah (15.74 juta), dana tertutup (185,800), tenaga (125.88 juta), penjagaan kesihatan (558.96 juta), telekomunikasi dan media (21.54 juta), pengangkutan dan logistik (40.30 juta), utiliti (38.78 juta) dan amanah perniagaan (146,600).

-- BERNAMA