BERITA TERKINI   ACC 2026/2027: Kuching City 2-2 Tampines Rovers | Bernama terima Anugerah Penyiaran Media Massa pada majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) malam ini | Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan unit negara maju itu mengukuh secara meluas di tengah-tengah kebimbangan semula terhadap prospek fiskal Eropah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.0850/0895 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0880 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) menokok 0.42 peratus kepada 102.26 mata berikutan mata wang utama seperti euro, yang mempunyai wajaran terbesar dalam DXY menyusut 0.69 peratus berbanding dolar AS kepada 1.1181.

“Bagaimanapun, kebimbangan terhadap trajektori fiskal Eropah telah menyebabkan dolar AS mengukuh.

“Setakat ini, ringgit kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS, dengan gandingan ringgit-dolar AS bergerak antara RM4.0840 dan RM4.0885 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5797/5827 daripada 2.5807/5837 semasa ditutup pada Selasa, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4049/4108 daripada 5.4066/4125 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5740/5790 daripada 4.5907/5957 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1919/1957 daripada 3.1935/1975 semasa ditutup pada Selasa dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1217/1386 daripada 12.1424/1609 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 6.51/6.52 daripada 6.50/6.51 semalam dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 228.3/228.7 berbanding 228.1/228.4 sebelum ini.

-- BERNAMA