BERITA TERKINI   ACC 2026/2027: Kuching City 2-2 Tampines Rovers | Bernama terima Anugerah Penyiaran Media Massa pada majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) malam ini | Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | 

Tuntutan Cukai Tambahan TNB Tidak Dipindahkan Kepada Pengguna Melalui Tarif -- MOF

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Tuntutan cukai tambahan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak menyebabkan kos tersebut dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif elektrik, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu memaklumkan tarif elektrik di Semenanjung ditentukan melalui kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan tertakluk kepada penelitian serta kelulusan kerajaan.

“Liabiliti cukai korporat TNB bukan merupakan kos yang secara automatik boleh dipindahkan kepada pengguna melalui tarif elektrik,” menurut MOF.

Ad Banner

Kementerian itu menyatakan demikian melalui jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai implikasi tuntutan cukai tambahan terhadap dividen pemegang saham dan tarif elektrik.

Menurut MOF, tuntutan tersebut juga tidak menjejaskan keupayaan TNB untuk terus membuat pembayaran dividen, yang mengambil kira prestasi kewangan, kedudukan tunai dan dasar dividen syarikat.

“Kerajaan akan terus memastikan kepentingan pengguna dilindungi melalui mekanisme kawal selia tarif sedia ada, tanpa menjejaskan keupayaan TNB untuk menyediakan bekalan elektrik yang selamat dan berdaya harap,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA