BERITA TERKINI   ACC 2026/2027: Kuching City 2-2 Tampines Rovers | Bernama terima Anugerah Penyiaran Media Massa pada majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) malam ini | Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan kemerosotan kualiti udara - Exco | Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | 

Pinjaman FELDA Dijamin Kerajaan Berbaki RM5.88 Bilion -- MOF

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF memaklumkan kerajaan telah meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion kepada FELDA untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan pasaran modal bagi membiayai projek, pelaburan serta Pelan Pemulihan FELDA.

“Daripada kelulusan jaminan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM9.9 bilion, FELDA telah membuat pembiayaan yang dijamin Kerajaan Persekutuan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang masih belum diterbitkan adalah sebanyak RM980 juta,” menurut kementerian itu.

Ad Banner

MOF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai ketirisan dana awam dan status pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan.

Menurut MOF, kerajaan turut bersetuju menyediakan geran tahunan sebanyak RM990 juta untuk tempoh 10 tahun bagi pembayaran prinsipal tahunan sukuk tersebut.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner