BERITA TERKINI   RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | Perkhidmatan BAS.MY Johor Bahru diteruskan lima tahun mulai 2027- Loke | Inisiatif perkhidmatan Shuttle Selatan lebih murah, jimat kos sara hidup dijangka diumum PM Anwar dalam Belanjawan 2027 esok - Loke | Operasi RTS Link Johor Bahru-Singapura pada Februari 2027 tepat, beri lebih masa penilaian keselamatan - Loke | Menteri Luar diminta hubungi Sekretariat ASEAN untuk selaras mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN susulan keadaan jerebu semasa - PM Anwar | 

EBP VII Anjur Forum Ecoworld Connects Kedua, Tumpu Pertumbuhan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Eco Business Park VII (EBP VII) hari ini menganjurkan edisi kedua acara Forum EcoWorld Connects: Business Ascend yang menghimpunkan penceramah berpengalaman bagi membincangkan kaedah untuk perniagaan membuat persediaan bagi fasa pertumbuhan seterusnya.

Bertemakan “The Next Leap", forum itu mengetengahkan barisan penceramah seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Colony Coworking and Event Spaces Timothy Tiah; Pengasas dan CEO Aerodyne Group Datuk Dr Kamarul A Muhamed serta CEO Santan Catherine Goh.

Kalangan peserta dapat menyelami pengalaman penceramah bagi mengenal pasti dan seterusnya melaksanakan tindakan terhadap peluang yang memacu pertumbuhan perniagaan masing-masing.

Ad Banner

Ini merangkumi aspek seperti membina kehadiran yang ketara di media sosial, menyelesaikan masalah selain usaha membangunkan jenama masing-masing.

Timbalan CEO EcoWorld Development Group Bhd (EcoWorld) Liew Tian Xiong berkata EcoWorld Connects itu berdasarkan idea bahawa perniagaan mampu mencatat pertumbuhan lebih pesat apabila berupaya untuk berkembang secara seiringan atau bersama.

“Ini sebagai maklum balas kepada forum pertama kami yang menunjukkan komuniti mahukan lebih lagi (acara seumpamanya). Oleh itu, bagi edisi kali ini, kami membawa pemimpin perniagaan yang terbukti berjaya melakukan lonjakan dalam meningkatkan perniagaan mereka.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“EBP VII ini dirancang khusus sebagai satu ekosistem perniagaan yang menjadi ruang, komuniti serta kesalinghubungan itu dapat membantu syarikat-syarikat mengambil langkah seterusnya dengan penuh yakin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Forum berteraskan edisi pertama pada Disember 2025 lepas, menjadi sebahagian daripada usaha EBP VII untuk menyemarakkan lagi komuniti perniagaan berkembang maju dalam hab perindustrian bersepadu generasi baharu EcoWorld di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Selain itu, forum itu turut membuka pendaftaran bagi SME Core fasa kedua susulan sambutan terhadap fasa pertama.

One Credit adalah antara rakan yang membuka ruang pameran di lokasi yang membolehkan peserta bertemu dan meneruskan perbincangan sebelumnya dan sesi pagi diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bagi tujuan jaringan perniagaan secara jemputan.

Barisan penceramah itu turut disertai oleh pemimpin perniagaan lain yang dijemput seperti CEO YYC Group Datin Yap Shin Siang; Presiden Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) Datuk Liew Bin serta Ketua Pegawai Pembangunan EcoWorld (Central-North & Eco Business Park) Datuk Ho Kwee Hong.

EBP VII berperanan sebagai platform yang membolehkan perniagaan dalam MVV 2.0 melakukan lonjakan kejayaan seterusnya dengan galeri jualannya terbuka kepada pelbagai pertanyaan oleh syarikat yang berhasrat untuk berkembang di rantau ini.

-- BERNAMA