BERITA TERKINI   KLCC Property Holdings Bhd catat keuntungan bersih RM203.87 juta pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026 | MySiren tidak ada akses kepada data peribadi peranti pengguna - Fahmi | Fahmi lancar Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren), perkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai | Ujian Sistem Amaran Nasional (MySiren) akan dilakukan pada 10.10 pagi 29 Nov ini - Fahmi | PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa umum keluar parti PDP berkuat kuasa semalam | 

SSM Lanjut Tempoh Pengurangan Kadar Kompaun Sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 sehingga 31 Dis, 2026.

Dalam satu kenyataan, SSM berkata pelanjutan tempoh ini memberi peluang kepada syarikat yang layak untuk menyelesaikan kompaun tertunggak dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan di bawah kedua-dua akta tersebut.

Menerusi pelanjutan ini, syarikat yang telah mengambil tindakan pemulihan atau memenuhi syarat yang ditetapkan, layak menikmati pengurangan kadar kompaun, kata suruhanjaya itu.

Ad Banner

Menurut SSM, pengurangan kadar kompaun ini terpakai kepada syarikat yang telah membuat serah simpan dokumen tertunggak, sedang dalam proses pembubaran, telah membuat permohonan pemotongan nama atau dikenakan tindakan pemotongan nama oleh Pendaftar serta syarikat yang telah dibubarkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan dan Maklum Balas melalui SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, atau hubungi talian telefon 03-7721 4000 atau emel enquiry@ssm.com.my.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner