Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.
Pada 10.03 pagi, kontrak Oktober 2026 meningkat enam mata kepada 1,597.0, November 2026 naik empat mata kepada 1,596.0 serta Disember 2026 dan Mac 2027, masing-masing menokok 4.5 mata kepada 1,602.50 dan 1,589.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,782 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,068 kontrak.
Pada 10.10 pagi, FBM KLCI meningkat 3.15 mata kepada 1,604.16 daripada 1,601.01 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA