BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Syarikat GSH mengurus perbendaharaan dan dana dikecualikan cukai pegangan bagi bayaran faedah, duti setem perjanjian pinjaman antara syarikat termasuk aktiviti di bawah pakej JS-SEZ  | Belanjawan 2027: Peruntukan lebih RM130 juta kepada industri karya kreatif, angkat citra negara, cipta pekerjaan dan bawa kisah Malaysia ke pentas dunia | Elaun Pelaburan Semula dikaji semula, syarat kelayakan dan cara insentif diberikan dikaji supaya lebih bersasar - PM Anwar | Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada – PM Anwar | CAAM labur RM50 juta untuk bangunkan sistem digital yang mengurus ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan – PM Anwar | 

Kerajaan, Grab Biaya Pakej RM160 Juta Tingkat Pendapatan Pekerja e-Panggilan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan dan syarikat perkhidmatan e-panggilan Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bagi meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-panggilan dan p-panggilan bermula 2027.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakej itu meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja terbabit, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Ini bermakna, pendapatan bersih untuk pemandu e-panggilan pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan manakala pendapatan penghantar p-panggilan meningkat sehingga RM100 sebulan," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. 

Ad Banner

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu diputuskan sementara menunggu Majlis Perundingan Gig yang kini dalam peringkat rundingan untuk menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja gig, yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2027.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO sebanyak 35 peratus kepada pekerja e-panggilan dan p-panggilan berkenaan.

Insentif itu akan ditingkatkan kepada 50 peratus jika syarikat platform terbabit turut menanggung caruman untuk pekerja. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Selain daripada kumpulan pekerja itu, kerajaan turut menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200,000 individu bekerja sendiri dalam 17 sektor bukan mandatori," kata beliau.

Perdana Menteri berkata pelepasan cukai PERKESO diperluas meliputi caruman wajib Skim Lindung Kendiri.

Pelepasan tambahan diberikan sehingga RM150 bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 Jam dan Lindung Kendiri. 

Beliau berkata, bagi menggalakkan simpanan persaraan oleh pemandu e-hailing dan p-hailing, Anwar berkata kerajaan menawarkan insentif caruman padanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup.  

Beliau juga berkata BSN dan Agrobank menyediakan RM270 juta bagi membiayai  pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama. 

-- BERNAMA