BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, manfaatkan hampir 200,000 penerima | Belanjawan 2027: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan bangunkan aplikasi AI bolehkan rakyat semak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum buat transaksi | Belanjawan 2027: MCMC perhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah, fokus tangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak | Belanjawan 2027: Hasil Persekutuan bagi 2026 diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion manakala hasil bagi 2027 dijangka naik kepada RM380.8 bilion | Belanjawan 2027: Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk wajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan | 

Teknologi Hijau Layak Elaun Cukai Pelaburan Sehingga 100 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan dan menambah baik galakan cukai bagi sektor teknologi hijau sehingga 31 Dis, 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam teknologi hijau dan lestari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata galakan itu meliputi syarikat yang melaksanakan projek teknologi hijau, mengendalikan stesen pengecasan kenderaan elektrik serta membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri, yang layak menikmati Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.

Beliau berkata agenda peralihan tenaga perlu dipergiat bagi menjamin bekalan tenaga negara dalam jangka panjang, termasuk menerusi pelaburan dalam tenaga boleh baharu.

Ad Banner

“Tenaga Nasional Bhd melabur RM15 bilion untuk memperkukuh grid nasional, manakala UEM Lestra melabur RM1 bilion, termasuk bagi melaksanakan projek penyimpanan tenaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan projek tenaga hibrid berkapasiti satu gigawatt di Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut memaklumkan bahawa Dana Iklim Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berjumlah RM1 bilion dimanfaatkan untuk membiayai projek hijau, termasuk projek tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan.

Sementara itu, beliau berkata cuaca panas yang meningkatkan penggunaan elektrik isi rumah mendorong pelaksanaan inisiatif NUR MADANI, yang menawarkan rebat sehingga RM200 kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA