BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Bantuan kepada OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaatkan lebih 300,000 orang | Belanjawan 2027: Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, manfaatkan hampir 200,000 penerima | Belanjawan 2027: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan bangunkan aplikasi AI bolehkan rakyat semak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum buat transaksi | Belanjawan 2027: MCMC perhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah, fokus tangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak | Belanjawan 2027: Hasil Persekutuan bagi 2026 diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion manakala hasil bagi 2027 dijangka naik kepada RM380.8 bilion | 

PMKS: Perkukuh Ekonomi Islam, Kerajaan Sedia Geran Padanan Sehingga RM5,000 Bagi Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata geran RM25,000 itu juga bertujuan memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal.

Selain itu, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memilih Simpanan Shariah juga boleh membayar zakat terus daripada dividen, seiring kemudahan di Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji.

Ad Banner

Menyentuh sukuk, Perdana Menteri berkata Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia. 

"Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030. 

"Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI (Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) manakala Geran Bon pula diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Jan, 2027," kata beliau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA