BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Syarikat GSH mengurus perbendaharaan dan dana dikecualikan cukai pegangan bagi bayaran faedah, duti setem perjanjian pinjaman antara syarikat termasuk aktiviti di bawah pakej JS-SEZ  | Belanjawan 2027: Peruntukan lebih RM130 juta kepada industri karya kreatif, angkat citra negara, cipta pekerjaan dan bawa kisah Malaysia ke pentas dunia | Elaun Pelaburan Semula dikaji semula, syarat kelayakan dan cara insentif diberikan dikaji supaya lebih bersasar - PM Anwar | Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada – PM Anwar | CAAM labur RM50 juta untuk bangunkan sistem digital yang mengurus ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan – PM Anwar | 

Kerajaan Sedia Tanah Strategik 50 Ekar Bernilai RM1 Bilion Untuk Agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur, bernilai RM1 bilion, sebagai endowmen baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra bagi memperkukuh pemilikan dan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata endowmen itu mencerminkan komitmen dan tanggungjawab kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi bumiputera.

Beliau berkata endowmen pertama kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra disediakan pada 1978 berjumlah RM200 juta, namun tiada endowmen susulan diberikan sejak 1981.

Ad Banner

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tanah berkenaan dicadangkan untuk dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan mengambil kira keperluan perumahan mampu milik serta kepentingan bumiputera.

“Kerajaan turut bersetuju supaya tanah milik kerajaan seluas hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur dibangunkan bagi membina sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI, dengan 70 peratus daripadanya dikhususkan untuk bumiputera,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan telah mewartakan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu, satu langkah yang disifatkannya belum pernah dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Petronas kini telah memulakan pembangunan di kawasan seluas 10 ekar yang pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik,” katanya.

-- BERNAMA