BERITA TERKINI   JPJ perketat kawal selia kaunter dengan hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan mulai 1 Jan 2027 - KP JPJ | Pendaftaran individu, wakil syarikat sebagai perantara berdaftar akan dibuka mulai 1 Nov ini secara dalam talian - KP JPJ | Pindaan Akta 333 dijangka dibentangkan pada sidang pertama Parlimen tahun depan - Loke | Raja Abdullah II seru kerjasama pertahanan Malaysia–Jordan diperkukuh termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan | Pas MyKomuter50 RM50 sebulan disasar dilaksana selewat-lewatnya 1 Jan 2027- Loke | 

Saham Genting Cecah Had Penurunan Harga, Dorong Penggantungan IDSS

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Saham Genting Bhd mencecah had penurunan maksimum pada Isnin, mendorong Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) saham itu sepanjang hari ini.

Setakat 11.26 pagi, kaunter tersebut menurun sebanyak 30 sen atau 15.97 peratus kepada RM1.58.

Menurut Bursa Malaysia dalam makluman, penggantungan itu dibuat selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan merosot lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Ad Banner

“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan esok pada 08:30 pagi,” menurutnya.

Harga saham Genting menurun selepas ia mengumumkan pelannya untuk meraih RM1.25 bilion melalui terbitan hak bagi membayar balik RM800 juta pinjaman jangka pendeknya, dengan bakinya digunakan terutamanya untuk tujuan modal kerja.

Dalam nota penyelidikan, CIMB Securities Sdn Bhd memaklumkan andaian terbitan hak satu untuk empat pada harga RM1.30 sesaham, harga teori selepas terbitan hak ialah RM1.75, berdasarkan harga purata wajaran volum bagi tempoh lima hari sehingga Jumaat lepas.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami mengekalkan saranan ‘memegang saham’ ke atas Genting dengan harga sasaran yang tidak berubah buat masa ini, sementara menunggu pemuktamadan butiran terbitan hak.

“Bagaimanapun, kami menjangka reaksi negatif daripada pelabur,” menurutnya.

-- BERNAMA