BERITA TERKINI   Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | Jordan minat teroka pemindahan teknologi semikonduktor Malaysia - Mohamad Hasan | Malaysia, Jordan teroka kerjasama strategik sektor perdagangan, pelaburan, semikonduktor, pertahanan dan pelancongan - Mohamad Hasan | 

Tiada Sebarang Pertemuan, Perjanjian Kementerian Pengangkutan Dengan AirAsia - Loke

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan sememangnya akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan kerajaan, namun perbincangan terbaharu berkaitan AirAsia kemungkinan diadakan dengan Kementerian Kewangan (MOF). 

"Kalau dalam dua minggu, tiga minggu ini memang tak ada apa-apa pertemuan dengan pihak AirAsia dan tak ada apa-apa perjanjian.

Ad Banner

"Mungkin mereka (AirAsia) ada perbincangan dengan MOF. Maksud saya syarikat penerbangan ini memang ada mesyuarat berkala dengan dengan pihak kerajaan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Loke berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan AirAsia bahawa syarikat itu mengadakan pertemuan dengan kerajaan, termasuk MOF dan Kementerian Pengangkutan serta sama ada terdapat perjanjian dicapai bagi membantu syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut laporan Reuters, Pengasas bersama AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan mengadakan pertemuan dengan MOF dua minggu lepas bagi membincangkan mengenai kemungkinan sokongan kerajaan kepada syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut laporan itu, perbincangan tersebut diadakan berikutan kebimbangan kerajaan terhadap kedudukan kewangan syarikat penerbangan domestik terbesar negara itu susulan kenaikan mendadak harga bahan api pesawat.

-- BERNAMA