BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

BBC Gesa Pelan Limpahan Ekonomi JS-SEZ Lebih Tersusun, Manfaat Diperluas Ke Daerah Lain Di Johor

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) mencadangkan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempertimbangkan pelan limpahan ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang lebih tersusun untuk memastikan manfaat pelaburan turut dinikmati daerah lain di Johor.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata usaha itu perlu merangkumi mengenal pasti peluang untuk menghubungkan perusahaan di Johor Utara dengan rantaian bekalan industri yang sedang berkembang.

Katanya ini termasuk melalui pembangunan vendor tempatan, pengukuhan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengembangan aktiviti ekonomi bernilai tambah berdasarkan kekuatan setiap daerah.

Ad Banner

Beliau berkata BBC juga mahukan penjelasan sama ada kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur keberhasilan pelaburan mengikut daerah, khususnya dari segi jumlah pekerjaan yang diwujudkan, pertumbuhan gaji dan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

“Saya berpandangan bahawa data ini penting supaya kita dapat mengenal pasti kawasan yang masih memerlukan intervensi pembangunan dan memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat diagihkan dengan lebih saksama,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Zaliha, yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata BBC turut mendapatkan maklumat daripada Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai penyelarasan pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan peluang ekonomi yang diwujudkan melalui JS-SEZ.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata BBC juga ingin mengetahui sama ada satu pelan khusus sedang dipertimbangkan untuk menghubungkan agrohab di Segamat dengan pasaran baharu di Johor Selatan melalui rantaian bekalan JS-SEZ.

-- BERNAMA