Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.
Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2026 susut 6.5 mata kepada 1,604.0, manakala November 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun 5.5 mata kepada 1,606.0 dan 1,612.0.
Kontrak Mac 2027 merosot 7.5 mata kepada 1,594.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,447 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,770 kontrak.
Pada 9.58 pagi, FBM KLCI susut 1.22 mata kepada 1,616.79 berbanding paras 1,618.01 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA