BERITA TERKINI   Fenomena Super El Nino dan kesan pemanasan global tahun depan dijangka pecahkan rekod suhu tertinggi negara 40.1°C - KP MetMalaysia | Tempoh tanpa hujan sehingga 77 hari berpotensi berulang di utara negara awal tahun depan – KP MetMalaysia | Jerebu: Johor laksana pembenihan awan hari ini - KP MetMalaysia | Malaysia sasar meterai MEUFTA pada akhir Jun 2027 - Johari | Kerjasama Malaysia-China pastikan data, maklumat ramalan cuaca lebih lengkap, percepat persiapan pemindahan mangsa banjir - TPM Ahmad Zahid | 

Malaysia Sasar Meterai MEUFTA Akhir Jun 2027 - Johari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) (MEUFTA) pada akhir Jun 2027, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

Beliau berkata hampir 80 peratus rundingannya telah selesai.

“Rundingan masih berlangsung. Apabila kita menandatangani perjanjian tersebut, akan ada akses pasaran bebas antara Malaysia dan EU. 

Ad Banner

“Lebih banyak pasaran terbuka yang dapat kita akses, lebih baik untuk kita,” katanya pada sidang media pada EU-Malaysia Business Day 2026: Selangor in Focus di sini hari ini.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner