BERITA TERKINI   Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Sepang, Kuantan, Pekan, Rompin, Tawau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok, 14 Okt - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok - Fadhlina | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan STAM di Melaka diteruskan esok ikut jadual - JPN Melaka | Sekolah di Melaka kekal ditutup esok susulan jerebu - JPN Melaka | 

Kelington Dapat Kontrak Fasiliti Penstoran Data RM128 Juta Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd (KTSB) telah memperoleh kontrak RM128 juta untuk mereka bentuk dan membina penjanaan air serta sistem rawatan air sisa bagi fasiliti pembuatan penstoran data termaju di Kuching, Sarawak.

Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu telah diberikan oleh sebuah syarikat pembuatan yang sedang berkembang di Kuching.

"Susulan pemberian kontrak itu, nilai agregat kontrak dan pesanan pembelian yang dicagarkan oleh KTSB daripada pelanggan untuk projek berkenaan akan meningkat daripada kira-kira RM416 juta kepada kira-kira RM544 juta.

Ad Banner

"Kontrak tersebut akan bermula serta-merta dan selesai menjelang April 2028," katanya. 

KTSB dijangka akan terus mendapatkan kontrak lanjut daripada pelanggan yang meliputi pelbagai skop kerja berkaitan projek itu.

"Sebarang perkembangan material yang timbul daripadanya akan diumumkan oleh syarikat, apabila diperlukan," kata Kelington.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA