BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | 

Sime Darby Rayu Taksiran Cukai RM150.18 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sime Darby Bhd akan merayu terhadap taksiran cukai berjumlah RM150.18 juta, termasuk penalti, yang dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Holdings Bhd (SDHB), bagi tahun taksiran 2017 hingga 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby memaklumkan SDHB menerima notis taksiran itu pada 30 Sept 2026 selepas LHDN memutuskan bahawa pendapatan faedah daripada aktiviti perbendaharaan SDHB tertakluk kepada cukai di bawah Seksyen 4(c) Akta Cukai Pendapatan 1967.

SDHB mempunyai tempoh 30 hari dari tarikh notis berkenaan untuk mengemukakan rayuan.

Ad Banner

Menurut Sime Darby, selepas mendapatkan nasihat daripada penasihat cukai dan undang-undang, SDHB berpandangan bahawa syarikat itu mempunyai asas perundangan yang sah untuk mempertikaikan taksiran berkenaan.

“SDHB berhasrat mengemukakan rayuan dan memulakan prosiding undang-undang bagi mencabar asas serta kesahihan notis yang dikeluarkan oleh LHDN,” menurut Sime Darby.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting berhubung perkara berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA