Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 naik dua mata kepada 1,621.50 dan kontrak November 2026 menambah setengah mata kepada 1,622.00.
Kontrak Mac 2027 meningkat satu mata kepada 1,612, manakala kontrak Disember 2026 kekal tidak berubah pada 1,627.00.
Jumlah dagangan merosot kepada 6,458 lot daripada 7,254 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan sedikit kepada 45,652 kontrak berbanding 45,706 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.37 mata atau 0.26 peratus kepada 1,627.72 berbanding 1,623.35 ketika tutup pada Selasa.
-- BERNAMA