BERITA TERKINI   RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | China sedia melabur dalam dua projek besar di Malaysia, PM Anwar akan umum kelak - TPM Ahmad Zahid | Malaysia catat penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, kadar kesuburan wanita merosot kepada 1.5 anak - DOSM | 

Belanjawan 2027 Pacu Industri M&E Ke Arah Aktiviti Nilai Tinggi, Lonjak Daya Saing -- MEIF

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka mendorong peralihan industri jentera dan kejuruteraan (M&E) negara ke arah kegiatan yang bernilai tinggi selain turut memacu daya saingnya, menurut Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan Malaysia (MEIF).

Presidennya Mac Ngan Boon berkata ini susulan cadangan yang merangkumi langkah seperti pelanjutan elaun modal dipercepatkan bagi jentera dan teknologi yang layak, bayaran balik cukai jualan bagi pembelian industri tertentu, pengurangan kadar cukai korporat bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang layak serta peluasan kemudahan pembiayaan dan jaminan.

Ad Banner

Beliau turut menyifatkan industri M&E sebagai antara pemangkin dan berperanan penting dalam Belanjawan 2027 berikutan syarikat dalam sektor itu turut melabur dalam peralatan, teknologi serta kemahiran bagi mengekalkan daya saing.

Pada masa sama, industri itu turut mengeluarkan, menyepadu, membekal dan menyelenggara sistem yang dapat mengupayakan pemodenan sektor lain.

“Ini membolehkan M&E mendapat permintaan serta penawaran dari segi transformasi perindustrian yang menyaksikan pembangunan dalam salah satu daripadanya lazimnya turut membuka peluang dalam aspek lain.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Peranan saling berkait ini semakin penting ketika Malaysia terus berusaha mempertingkatkan sektor pembuatan bernilai tinggi, pembangunan semikonduktor, peralihan tenaga serta aktiviti perindustrian yang lebih maju,” katanya Mac dalam kenyataan kepada Bernama.

Mac berkata insentif pelaburan perindustrian yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 juga berpotensi untuk menjana nilai merentasi keseluruhan ekosistem pengeluaran manakala sokongan terhadap pemodenan peralatan dapat merangsang permintaan terhadap pengeluarn jentera, pembekal dan penyedia perkhidmatan kejuruteraan tempatan.

“Langkah memperluas kemudahan pembiayaan juga dapat menyumbang secara berkesan terhadap pertumbuhan industri apabila struktur terbabit dapat disesuaiakan dengan kitaran pelaburan, obligasi kontrak serta risiko perniagaan.

“Aktiviti eksport misalnya dapat mengembangkan lagi keupayaan M&E ke pasaran baharu menerusi kelayakan teknikal, pembangunan pelanggan serta perkhidmatan pasca jualan yang boleh dipercayai,” katanya.

Belanjawan 2027 itu juga, katanya, turut menawarkan beberapa langkah sokongan yang menjadi pelengkap dengan impak keseluruhannya bergantung kepada sejauh mana syarikat mendapat akses, menyelaras serta melaksanakannya secara berkesan.

“Bagi syarikat, langkah segera yang perlu diambil adalah mengenal pasti keutamaan syarikat, mewujudkan keupayaan yang diperlukan serta menentukan pendekatan sedia ada untuk menyokong pelaburan.

“Selain itu bagi penggubal dasar dan agensi pelaksana pula, peluang ini perlu dimanfaatkan dengan memperkukuh hubungan antara sokongan kewangan, keperluan industri serta hasil perniagaan dapat diukur atau dinilai,” katanya.

-- BERNAMA