BERITA TERKINI   RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | China sedia melabur dalam dua projek besar di Malaysia, PM Anwar akan umum kelak - TPM Ahmad Zahid | Malaysia catat penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, kadar kesuburan wanita merosot kepada 1.5 anak - DOSM | 

Pelaburan Penjanaan, Grid Diperlukan Bagi Sokong Peralihan Tenaga Malaysia - TNB

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sokongan dalam bentuk pelaburan besar diperlukan bagi penjanaan tenaga elektrik serta pemodenan grid untuk memacu peralihan campuran tenaga Malaysia selain memastikan bekalan elektrik kekal mampu milik, dipercayai serta terjamin, menurut Tenaga Nasional Bhd.

Keutamaan itu dikongsi oleh Ketua Pegawai Strategi, Kawal Selia dan Kelestarian Kanan TNB Datuk Muhamad Nazri Pazil pada sesi perbincangan panel di Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau menyertai wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), firma Solarvest Holdings Bhd serta kerajaan Sarawak yang membincangkan pendekatan Malaysia bagi menyusun semula campuran penjanaan tenaga negara dan pada masa sama memastikan keselamatan tenaga dan daya saing ekonomi terus terpelihara.

Ad Banner

Sumbangan TNB menumpukan skala pelaburan yang diperlukan bagi memastikan sistem bekalan elektrik kekal terjamin serta bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, sejajar dengan peningkatan permintaan daripada pusat data dan aspek elektrifikasi.

Muhamad Nazri berkata keutamaan itu termasuk langkah memperluaskan usaha penjanaan tenaga solar disokong oleh sistem penyimpanan tenaga selain membangunkan loji janakuasa kitaran gabungan baharu yang direka khusus bagi persediaan menggunakan hidrogen pada masa depan.

Sesi perbincangan itu turut merangkumi peningkatan penggunaan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) susulan pengurangan caj lebihan kepada 14 sen daripada 20 sen.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada bulan lepas, PETRA mengumumkan selain pengurangan caj lebihan, tempoh kontrak selama 10 tahun antara Pemaju Tenaga Boleh Baharu (RED) dan Pengguna Hijau (GC) akan turut dikuatkuasakan.

Pendekatan sedemikian bertujuan memberi kejelasan kos jangka panjang kepada RED, GC dan institusi kewangan yang dapat meningkatkan potensi projek bagi mendapatkan pembiayaan.

Selain aspek kepentingan pelaburan dalam usaha penjanaan, TNB turut menekankan komitmen penting terhadap usaha pemodenan grid bagi menampung perubahan sumber bekalan tenaga elektrik dan pada masa sama bertindak mengekalkan kestabilan sistem dan mampu milik.

TNB telah memperuntukkan kira-kira RM43 bilion bagi tujuan pelaburan grid di bawah Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) yang meliputi tempoh 2025 hingga 2027.

Pelaburan berkenaan menyokong usaha bagi memperkukuh dan memodenkan grid untuk menampung peningkatan permintaan elektrik serta integrasi tenaga boleh baharu (TBB) secara lebih meluas.

Portfolio penjanaan TNB juga semakin dipelbagaikan dan setakat 2025, TBB menyumbang kira-kira 26.5 peratus daripada jumlah kapasiti penjanaan syarikat utiliti nasional itu dengan kapasiti hijau yang dipasang mencecah 4,303 megawatt.

Perbincangan itu turut memperkukuh peranan TNB dalam menyokong campuran tenaga negara yang ditetapkan selain membangunkan tenaga kerja berkemahiran teknikal yang diperlukan untuk memacu sektor tenaga di sepanjang perjalanan peralihan tenaga negara.

-- BERNAMA