BERITA TERKINI   RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | China sedia melabur dalam dua projek besar di Malaysia, PM Anwar akan umum kelak - TPM Ahmad Zahid | Malaysia catat penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, kadar kesuburan wanita merosot kepada 1.5 anak - DOSM | 

Belanjawan 2027 Tingkatkan Pendapatan, Produktiviti – CGS International

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menyokong pertumbuhan pendapatan selepas kerajaan meneruskan usaha untuk meningkatkan kadar upah melalui struktur gaji minimum berperingkat yang meliputi pekerja separa mahir dan graduan, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Menurut penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu itu, ambang cukai pendapatan individu yang lebih tinggi juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Sementara itu, peruntukan untuk bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dinaikkan kepada RM16 bilion daripada RM15 bilion pada 2026, dengan liputan diperluas untuk merangkumi lebih ramai isi rumah berpendapatan rendah dan golongan rentan.

Ad Banner

Langkah-langkah tersebut turut disokong oleh dua bayaran bantuan tunai sebanyak RM100 kepada penerima bukan STR dan pembayaran sekali sahaja sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam.

“Walaupun Belanjawan 2027 mungkin ditafsirkan sebagai belanjawan mesra pilihan raya, kami melihat langkah-langkah yang diperkenalkan untuk menangani isu berlarutan berkaitan dengan perbelanjaan penggunaan, upah dan produktiviti.

“Kami berpendapat Belanjawan 2027 memberi isyarat bahawa usaha untuk meningkatkan produktiviti akan dipergiat,” menurut firma pembrokeran itu dalam nota kemas kini ekonominya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi sektor korporat, CGS International memaklumkan langkah-langkah tersebut termasuk insentif untuk syarikat yang melabur dalam jentera, teknologi maklumat dan komunikasi serta automasi.

“Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat manfaat daripada elaun modal dipercepat yang dilanjutkan, geran mengguna pakai kecerdasan buatan (AI) dan akses yang lebih mudah kepada pembiayaan,” katanya. 

Kerajaan turut menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja melalui peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tiga juta peluang latihan kemahiran melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia dan inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing berkemahiran rendah.

Bagaimanapun, perincian mengenai beberapa pembaharuan yang dicadangkan masih belum jelas termasuk kekurangan panduan berhubung cadangan pelaksanaan cukai karbon dan garis masa yang muktamad untuk pembaharuan institusi seperti mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal dan mengasingkan kuasa.

Perincian mengenai beberapa keutamaan pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) juga masih belum jelas termasuk cadangan levi pekerja asing pelbagai peringkat, butiran mengenai Dasar Upah Progresif sedia ada dan kemungkinan perubahan terhadap umur persaraan.

-- BERNAMA