BERITA TERKINI   Ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 6.0 peratus pada suku kedua 2026 - Anggaran Awal KDNK oleh DOSM | Kerjasama TVET Malaysia-China sedia 7,625 peluang latihan - TPM Ahmad Zahid | Majlis TVET Dunia bakal sediakan platform bagi pembangunan kemahiran global - Ahmad Zahid | Kerjasama TVET Malaysia–China pacu pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi - TPM Ahmad Zahid | Malaysia cadang  tubuh Majlis TVET Dunia, China sebagai tuan rumah tetap - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.42 pagi, kontrak Oktober 2026 menurun empat mata kepada 1,614.0 dan November 2026 berkurangan 4.5 mata kepada 1,615.0.

Kontrak Disember 2026 merosot tiga mata kepada 1.621.50 dan Mac 2027 menyusut 4.5 mata kepada 1.606.50.

Ad Banner

Jumlah dagangan sebanyak 1,765 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,148 kontrak.

Pada 10.04 pagi, FBM KLCI menurun 5.38 mata kepada 1,618.32 daripada 1,623.70 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner