BERITA TERKINI   Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi | 

Spartan Ives Capital Kukuhkan Keyakinan Dalam EGHI Selepas Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Spartan Ives Capital Sdn Bhd (SIC) telah menyukuhkan keyakinan terhadap EGH International Bhd (EGHI) selepas penyenaraian EGHI di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini. 

Pengarah dan Rakan Pengasas Bersama SIC,  Christopher Wong berkata EGHI mencerminkan jenis syarikat yang ingin disokong oleh SIC melalui dana peringkat pertumbuhan pra-permulaan tawaran awamnya (IPO).

“Pelaburan kami dalam EGHI menggambarkan keyakinan penuh kami terhadap asas asas syarikat dan keupayaannya untuk menyampaikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Ad Banner

“Kami percaya bahawa keputusan pelaburan yang baik perlu berasaskan kepada kualiti perniagaan syarikat, keupayaan pelaksanaan dan potensi jangka panjangnya, bukan sekadar prospek penyenaraian pasaran saham,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata SIC melihat peluang untuk EGHI membina kekuatan sedia ada, meluaskan jangkauan pasaran selain mencipta nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingannya.

SIC baru-baru ini melancarkan dana peringkat pertumbuhan pra-IPOnya, yang telah memperoleh lebih RM15 juta dalam komitmen pelabur dalam tempoh tiga bulan pertamanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dana itu memberi tumpuan kepada syarikat Malaysia yang bereputasi mantap dan berpotensi tinggi, dengan objektif untuk menyokong pembangunan mereka termasuk menyediakan mereka ke arah penyenaraian pasaran awam dalam tempoh 36 bulan pelaburan.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pelaburan dana modal teroka SIC, Spartan Everblue LLP dan rakan kongsi kanan SIC, Vic Chuah berkata pelaburan itu mencerminkan keyakinan firma itu terhadap keupayaan sedia ada dan potensi masa depan EGHI.

“Penyenaraian syarikat tersebut adalah satu peristiwa penting tetapi keyakinan kami menjangkaui penyenaraian itu sendiri,” katanya.

EGHI, syarikat yang pertama kalinya disenaraikan di pasaran ACE, dibuka pada 14.5 sen, 1.5 sen di bawah harga IPO 16 sen sesaham, ditutup pada 13.5 sen, turun 2.5 sen daripada harga IPOnya.

Berpusat di Puchong, Selangor, EGHI menyediakan perkhidmatan pemasangan dalaman dan menjual perabot, lekapan. peralatan dan bahan binaan.

-- BERNAMA