BERITA TERKINI   Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatanĀ - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lainĀ - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi | 

CapBay Catat Jumlah Pembiayaan Melebihi RM6 Bilion Kepada Lebih 2,700 PKS Sejak 2016

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kumpulan CapBay mencatatkan jumlah pembiayaan kumulatif melebihi RM6 bilion sejak 2016, dengan menerbitkan 45,000 nota pembiayaan kepada lebih daripada 2,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia merentasi 20 industri. 

Menurut syarikat itu, modal kerja disalurkan melalui rangka kerja pelaburan bersama seperti Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF) dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP (CoSIF), kedua-duanya di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

"Selain itu, CapBay menerusi Platform Pembiayaan Rantaian Bekalan dan Pembiayaan Rakan Setara (P2P) menganalisis data dagangan masa nyata, kesahihan invois dan rekod pembayaran pembeli tanpa memerlukan hartanah sebagai cagaran, lantas memendekkan tempoh kelulusan. 

Ad Banner

"Melangkah ke dekad kedua, CapBay akan terus memperdalam perkongsian awam-swasta serta memperhalusi penilaian kredit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menjangkau lebih banyak perniagaan di Malaysia merentasi pelbagai sektor," maklum syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Ang Xing Xian berkata jumlah pembiayaan yang direkodkan sejak sedekad lepas itu bukan sesuatu yang diraikan semata-mata kerana nilainya, tetapi mewakili ribuan gaji pekerja yang dibayar, kontrak yang dilaksanakan dan perniagaan yang terus beroperasi. 

Sementara itu mengenai Belanjawan 2027, Ang berkata sokongan terhadap platform P2P mengesahkan bahawa pembiayaan digital yang dikawal selia kini menjadi sebahagian daripada cara Malaysia membiayai PKS. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Tanggungjawab kami dalam dekad akan datang adalah untuk menyalurkan modal tersebut kepada setiap perniagaan berdaya maju yang memerlukannya," katanya. 

Menerusi Belanjawan 2027 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM270 juta bagi menarik modal swasta kepada PKS, syarikat pertengahan dan perusahaan sosial melalui platform pembiayaan P2P dan pendanaan ramai ekuiti (ECF). 

Kerajaan juga menetapkan duti setem bagi perjanjian pembiayaan yang dilaksanakan melalui platform P2P pada kadar RM10 dari 1 Jan 2027 hingga 31 Dis 2030.

-- BERNAMA