BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatanĀ - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lainĀ - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | 

Commerce Access Raih Dua Pengiktirafan Di ACES Awards 2026

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Commerce Access Sdn Bhd (CASB), anak syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd, meraih dua pengiktirafan pada Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) Awards 2026.

Syarikat itu memenangi anugerah Asia’s Most Promising SMEs Award, manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya Afidah Kamaruddin menerima Emerging Leaders in Asia Award.

Pengiktirafan berganda itu menjadikan CASB satu-satunya syarikat Malaysia daripada industri penyumberan luar proses perniagaan (BPO) yang menerima pengiktirafan berkenaan, dengan syarikat Malaysia merangkumi hanya 15 peratus daripada keseluruhan penerima anugerah.

Ad Banner

Anugerah Asia’s Most Promising SMEs Award mengiktiraf perkembangan CASB sebagai penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan, hasil usaha memperkukuh keupayaan perkhidmatan, prestasi operasi dan amalan perniagaan mampan.

Dalam satu kenyataan, Afidah berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha kolektif organisasi dalam memperkukuh keupayaan syarikat dengan terus mengutamakan pekerja dan pelanggan.

Beliau berkata perkembangan syarikat didorong oleh tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan, penggunaan teknologi dan pelaburan dalam pembangunan tenaga kerja.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

CASB meningkatkan penyampaian perkhidmatannya menerusi platform berasaskan awan, alat komunikasi pelbagai saluran dan proses operasi berstruktur bagi membantu organisasi sektor awam dan swasta mengurus interaksi pelanggan dengan lebih berkesan.

Anugerah Emerging Leaders in Asia Award yang diterima Afidah pula mengiktiraf kepimpinannya dalam memajukan amalan perniagaan bertanggungjawab, memperkasa tenaga kerja dan menggalakkan penggunaan teknologi.

Di bawah kepimpinannya, CASB memberi penekanan kepada pembangunan pekerja, kesejahteraan di tempat kerja dan kemajuan profesional, selain tadbir urus beretika, perlindungan data dan amalan penyumberan luar yang bertanggungjawab.

Pengiktirafan terbaharu itu melengkapkan pencapaian CASB dalam industri, termasuk Anugerah Platinum bagi kategori Best Contact Centre Operations pada Contact Centre Associations of Asia Pacific Awards 2025 di Hong Kong.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh keupayaan digital dan kemahiran tenaga kerja, selain meningkatkan sumbangan kepada industri BPO dan pengalaman pelanggan Malaysia.

-- BERNAMA