BERITA TERKINI   Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu & K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat apabila minat belian beralih daripada saham berwajaran tinggi kepada saham teknologi dan telekomunikasi bermodal lebih kecil, serta amanah pelaburan hartanah (REIT).

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 15.94 mata, atau 0.98 peratus, kepada 1,607.76 berbanding paras 1,623.70 pada Khamis.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.13 mata kepada 1,624.83, bergerak antara paras 1,602.98 dan 1,626.34 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 597 berbanding 470, manakala 518 kaunter tidak berubah, 1,258 kaunter tidak diniagakan dan 33 kaunter digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.13 bilion unit bernilai RM3.27 bilion daripada 3.06 bilion unit bernilai RM3.03 ​​bilion pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata firma broker ekuiti itu optimis didorong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang berdaya tahan, dengan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2026.

“Kami percaya penurunan pasaran baru-baru ini telah mewujudkan peluang menarik dalam kalangan saham syarikat utama yang mempunyai asas kukuh, terutamanya yang menawarkan dividen mampan serta prospek pendapatan kukuh,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut sembilan sen kepada RM9.99, Public Bank naik sembilan sen kepada RM4.83, CIMB turun 28 sen kepada RM7.20, manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare meningkat dua sen masing-masing kepada RM13.00 dan RM8.00.

 Dalam kalangan kaunter aktif, Zetrix AI susut satu sen kepada 5.5 sen,  EGH International yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE, EGH International yang dibuka pada harga 14.5 sen, iaitu 1.5 sen lebih rendah daripada harga tawaran awam permulaan sebanyak 16 sen sesaham menutup dagangan 2.5 sen lebih rendah pada 13.5 sen. Top Glove kekal tidak berubah pada 90 sen, V.S Industry meningkat satu sen kepada 34 sen dan Ni Hsin turun setengah sen kepada 42 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, MISC Bhd meningkat 46 sen kepada RM8.76, Petronas Dagangan naik 44 sen kepada RM19.64, Vitrox menambah 28 sen kepada RM10.60, KESM Industries melonjak 25 sen kepada RM4.76 manakala Pekat Group menokok 23 sen kepada RM2.76.

Dalam kalangan saham paling rugi, Nestle susut RM1.18 kepada RM89.32, Kuala Lumpur Kepong turun RM1.10 kepada RM20.00, Press Metal Aluminium berkurangan 67 sen kepada RM6.50, Dutch Lady Milk Industries menyusut 36 sen kepada RM28.92 manakala Petronas Gas merosot 28 sen kepada RM17.32.

Bagi papan indeks, Indeks FBM Mid 70 susut 13.79 mata kepada 17,225.94, Indeks FBM Emas Shariah turun 82.67 mata kepada 11,919.87, Indeks FBM Emas berkurangan 81.25 mata kepada 11,992.27, Indeks FBM Top 100 merosot 89.09 mata kepada 11,786.77, manakala Indeks FBM ACE melonjak 120.15 mata kepada 5,431.05.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 4.13 mata kepada 172.79, Indeks Tenaga turun 1.87 mata kepada 821.00, Indeks Perladangan berkurangan 210.99 mata kepada 8,632.88 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 74.82 mata kepada 18,751.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.80 bilion unit bernilai RM2.97 bilion, daripada 1.75 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 837.33 juta unit bernilai RM112.66 juta daripada 846.48 juta unit bernilai RM117.72 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 493.41 juta unit bernilai RM184.73 juta daripada 454.44 juta unit bernilai RM206.24 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 270.83 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (353.67 juta), pembinaan (124.74 juta), teknologi (464.09 juta), perkhidmatan kewangan (139.43 juta), hartanah (94.05 juta), perladangan (26.84 juta), amanah pelaburan hartanah (12.07 juta), dana tertutup (9,100), tenaga (99.10 juta), penjagaan kesihatan (101.52 juta), telekomunikasi dan media (22.96 juta), pengangkutan dan logistik (47.32 juta), utiliti (43.12 juta), serta amanah perniagaan (100).

-- BERNAMA