BERITA TERKINI   Mahasiswa tidak wajar dijadikan alat atau mangsa propaganda politik - Zambry | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh lompat jauh para Datuk Abdul Latif Romly sumbang emas ketiga Malaysia menerusi kategori T20 lelaki | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh powerlifting para Bonnie Bunyau Gustin sumbang emas kedua Malaysia menerusi kategori bawah 72 kg lelaki | ASEAN perlu bersatu lindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian yang semakin meningkat - Fahmi | Bilangan jenama di Lazada Malaysia meningkat 20 peratus kepada 21,756 pada September 2026, berbanding 18,147 pada September 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia | 

Pasaran Getah Ditutup Mengukuh Susulan Kenaikan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup mengukuh pada Selasa, disokong kenaikan niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah penanda aras yang kekal stabil, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga turut disokong kebimbangan mengenai bekalan susulan musim hujan di negara pengeluar utama serta pertumbuhan eksport tayar getah China yang menggalakkan.

Ad Banner

“Harga minyak meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan berikutan serangan yang berlaku terhadap infrastruktur Arab Saudi dan kapal di Teluk, sekali gus meningkatkan risiko geopolitik,” katanya kepada Bernama.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent meningkat 1.45 peratus kepada US$111.14 setong. (US$1 = RM4.07)

Peniaga itu berkata agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan banjir kilat dari 19 hingga 25 Okt.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, eksport tayar getah China meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun kepada 7.48 juta tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, menurut data kastam,” katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia Standard 20 (SMR 20) meningkat 10.5 sen kepada 1,047 sen sekilogram, manakala harga lateks pukal naik tiga sen kepada 796.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA