BERITA TERKINI   Mahasiswa tidak wajar dijadikan alat atau mangsa propaganda politik - Zambry | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh lompat jauh para Datuk Abdul Latif Romly sumbang emas ketiga Malaysia menerusi kategori T20 lelaki | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh powerlifting para Bonnie Bunyau Gustin sumbang emas kedua Malaysia menerusi kategori bawah 72 kg lelaki | ASEAN perlu bersatu lindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian yang semakin meningkat - Fahmi | Bilangan jenama di Lazada Malaysia meningkat 20 peratus kepada 21,756 pada September 2026, berbanding 18,147 pada September 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia | 

Ekosistem Syarikat Pemula Niaga Malaysia Bernilai Lebih RM200 Bilion - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan nilai syarikat tempatan yang meningkat dan memperkukuh aspirasi negara untuk menjadi hab syarikat pemula niaga global yang terkemuka menjelang 2030.

Bercakap pada majlis penutup KL20@Kuala Lumpur 2026 di The Campus semalam, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pembangunan ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia yang berterusan dan peranan KL20 menjadi faktor penting dalam menyokong pertumbuhannya. 

“Dengan ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia yang bernilai lebih RM200 bilion, kita sedang membina momentum yang kukuh ke arah mencapai sasaran RM400 bilion menjelang 2030.

Ad Banner

“Lebih penting lagi, keutamaan kami adalah menterjemahkan pertumbuhan ini kepada pembentukan syarikat Malaysia yang berdaya saing pada peringkat global, pekerjaan berkemahiran serta nilai ekonomi yang lebih besar dijana dan dikekalkan dalam negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Inisiatif KL20 turut mencatatkan 5,016 syarikat pemula niaga yang berdaftar, termasuk 1,609 syarikat pemula niaga baharu yang aktif sejak April 2024, dengan jumlah pelaburan mencecah RM51.17 bilion.

Melangkah ke hadapan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada memacu pengkomersialan teknologi, memperkukuh akses kepada pembiayaan dan memperluas peluang pasaran antarabangsa bagi syarikat pemula niaga Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Keutamaan ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13, yang memberi penekanan kepada produktiviti, inovasi dan penciptaan nilai domestik.

“Dengan aspirasi menempatkan Kuala Lumpur dalam kalangan 20 ekosistem syarikat pemula niaga terbaik dunia menjelang 2030, KL20 akan terus memacu pembangunan perusahaan Malaysia dengan pertumbuhan tinggi yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

-- BERNAMA